Tuesday, August 3, 2010

Melayu Jangan Terlalu Naif, Mudah Terpedaya Kosmetik Politik DAP


PULAU PINANG, 3 Ogos – Masyarakat Melayu khususnya di negeri ini diminta agar tidak terlalu naïf dan mudah terpedaya dengan kosmetik politik yang sering digunakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sehingga sanggup mengangkatnya seperti Khalifah Umar Abdul Aziz.

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairudin, berkata pemimpin Dap itu sanggup melakukan apa sahaja termasuk menggunakan pelbagai kosmetik politik demi untuk mendapatkan sokongan rakyat.

“Nasihat saya kepada orang Melayu hati-hati, jangan cepat teruja dan terpedaya dengan kosmetik politik pemimpin Dap khususnya Lim Guan Eng ini.

“Islam itu lebih tinggi dari segala-galanya. Golongan seperti pemimpin Dap ini akan mencuri apa jua kesempatan untuk menagih sokongan kerana dia tahu dulu orang Melayu menolak mereka”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan yang dipetik dari blog yang mengatakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini telah menerima penghormatan dari Gereja St Anne di Bukit Mertajam P.Pinang dengan gelaran Father Joseph kerana menyalurkan sumbangan dana kepada gereja berkenaan.

Mengulas lebih lanjut, Fairus seterusnya berkata gelaran yang diterima Lim Guan Eng itu sudah cukup menunjukkan warna sebenar politik yang diamalkan pemimpin Dap.

“Inilah yang dikatakan kosmetik politik. Dia boleh pakai gelaran Khalifah Umar Aziz untuk orang Melayu terutama Pas dan gelaran Father Joseph untuk sokongan bukan Islam.

“Sifirnya mudah saja untuk dapat sokongan,” ujarnya.

Mengenai dakwaan ada beberapa masjid yang “dikuasai” Pas di Pulau Pinang yang khatibnya sering berdoa di dalam khutbah Jumaat meminta Allah berikan kekuatan dan juga selamatkan Ketua Menteri itu, beliau berkata, sekiranya perkara itu benar, ia sesuatu yang tidak sepatutnya dibenarkan berlaku.

“Itulah yang saya peringatkan tadi bahawa orang Melayu tidak seharusnya cepat teruja dan terpedaya dengan golongan yang menggunakan kosmetik politik untuk menukar pelbagai wajah,” katanya. -Oleh Al-Kamarol Abd Latif MediaUMNO

Sunday, July 11, 2010

MESYUARAT PEMUDA UMNO BHG PJ SELATAN 2010

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan PEMUDA telah diadakan pada 10hb. Julai 2010 jam 11.00 malam di Laman Putri, Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Sebelum itu, upacara perasmian serentak dengan Pergerakan PUTERI UMNO Bahagian PJ Selatan telah disempurnakan oleh YB Datuk Ir. Haji Idris bin Hj. Harun, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.


YB Datuk Ir. Idris bin Harun dalam ucapannya mengingatkan ahli UMNO supaya "ingat serta tahu dimana berpijak sebelum menentukan hala tuju perjuangan yang lebih besar nanti.

Friday, July 9, 2010

Saturday, June 19, 2010

SELAMAT HARI BAPA 2010


Selamat Hari Bapa kepada Bapa-bapa Pemuda PJ Selatan






Bookmark and Share

Wednesday, April 28, 2010

Pengundian P.094 Hulu Selangor - 25 April 2010

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian PJ Selatan telah menghantar sebuah bas petugas semasa hari pengundian P.094 Hulu Selangor.





Bookmark   and Share



Pengalaman yang amat berguna untuk menawan kembali negeri Selangor pada PRU 13 nanti.
Bookmark  and Share

Wednesday, April 21, 2010

Usahawan Baru Komuniti Bestari Taman Medan

Penyerahan Produk OSIMA kepada 12 wakil jualan yang berkelayakan telah diadakan serta disempurnakan oleh YM Dato' Raja Hanipuddin bin Raja Nong Chik selaku Penyelaras BN DUN Taman Medan pada 20hb April 2010 jam 9.30 malam. Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian PJ Selatan, Sdr Ridzuan Mahidin.





Bookmark and Share