Tuesday, January 5, 2010

DIKIR BARAT - DILEMA MELAYU KITA

Khas buat ahli-ahli UMNO PJ Selatan yang hadir semasa Majlis Permuafakatan bersama Persatuan Penduduk & NGO's pada 3hb. Januari 2010 bertempat di Dewan MBPJ Taman Dato' Harun. Renungilah serta fahami maksud senikata lagu ini...!!!
Mari kita ramai-ramai sedekahkan Al-Fatihah buat Cikgu Naim bin Mamat(penyanyi lagu)yang meninggal dunia pada 5hb. April 2007.



WASIAT RAJA-RAJA MELAYU
Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:
* Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

* Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

* Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

* Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

* Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

* Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

* Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).



No comments:

Post a Comment

Post a Comment