Thursday, March 18, 2010

BERSATU LAH UMAT ISLAM

Jika betul kita mengaku sebagai umat Nabi Muhamad SAW, marilah kita mulakan usaha ini sebagai jihad kita...
Bookmark and Share

Wednesday, March 17, 2010

Situasi Semasa Pandemik H1N1 di Malaysia 2010 Bagi Minggu Epid 10/2010 (7 Mac - 13 Mac 2010)


Secara keseluruhannya, dalam tempoh seminggu yang lepas (7 Mac - 13 Mac 2010) terdapat peningkatan dalam bilangan kes baru dengan simptom Influenza-Like Illness (ILI) yang dirawat di hospital iaitu seramai 363 pesakit baru berbanding 297 kes pada minggu sebelumnya (peningkatan 22.2%). Baki kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara pada hari terakhir minggu epid 10/2010 (13 Mac 2010) adalah sebanyak 404 kes di 38 buah hospital kerajaan dan 8 buah hospital swasta iaitu peningkatan sebanyak 12.8% berbanding minggu sebelumnya. Daripada jumlah tersebut, 18 pesakit atau 6.9 % merupakan kes Influenza A(H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal. Sehingga 13 Mac 2010, jumlah terkumpul kes positif influenza A(H1N1) adalah 12,535. Bilangan kes yang dirawat di ICU adalah seramai sembilan (9) orang berbanding empat (4) kes pada minggu sebelumnya. Enam (6) pesakit yang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko. Tiada kematian baru kes H1N1 dan jumlah kematian terkumpul kekal 77 sehingga kini.

Terdapat lima (5) kejadian kluster ILI telah dilaporkan sepanjang minggu lalu dimana satu (1) di Taman Muzaffar Shah, Air Keroh, Melaka (melibatkan 2 orang dalam sebuah keluarga), satu (1) berlaku di Hotel Ancasa , Air Keroh, Melaka (melibatkan 4 orang Pegawai Imigresen yang mengikuti Kursus Induksi), Satu (1) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limbang, Limbang, Sarawak (melibatkan 12 orang pelajar),satu (1) di Kampong Permatang Keledang, Pekan, Pahang (melibatkan 3 orang di Perkampungan Orang Asli), dan satu di Kampong Kota, Kota Baharu, Kelantan (melibatkan 3 orang dalam sebuah keluarga).Empat (4) daripada kejadian kluster adalah positif, manakala kejadian kluster di Kampong Kota, Kota Baharu, Kelantan masih belum mendapat keputusan makmal.

Kementerian Kesihatan juga ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada pemantauan kejadian kes-kes klinikal Influenza A(H1N1) serta kluster ILI yang berlaku, masih belum terdapat tanda-tanda berlakunya gelombang kedua. Walaubagaimanapun, risiko atau kemungkinan berlakunya gelombang kedua masih tetap ada kerana masyarakat Malaysia secara amnya masih rentan (“susceptible”) terhadap jangkitan tersebut. Kejadian-kejadian kluster ILI yang masih berterusan berlaku menunjukkan penularan influenza A(H1N1) di negara ini masih lagi aktif walaupun terkawal. Oleh itu masyarakat disaran supaya terus berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya gelombang kedua dengan sentiasa mengamalkan cara hidup sihat dan kebersihan diri, mendapatkan rawatan awal dan tidak mengabaikan langkah-langkah pencegahan Influenza A(H1N1) yang telah diumumkan sebelum ini. Mereka yang di kategorikan sebagai kumpulan sasar berkeutamaan hendaklah segera mendapatkan pelalian sebelum terlambat. Masyarakat juga boleh membantu dengan melaporkan kejadian kluster di kawasan perumahan, sekolah dan tempat kerja ke Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini berkaitan Influenza H1N1 serta langkah-langkah pencegahan boleh melayari lawan web yang tertera di bawah.

Memandangkan kejadian kluster ILI masih dilaporkan berlaku, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan masyarakat agar terus berwaspada dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan H1N1 yang telahpun terbukti berkesan. Langkah-langkah pencegahan yang boleh diamalkan adalah:

  1. Bagi mereka yang mengalami demam, batuk dan sakit tekak; dapatkan rawatan dengan segera, tinggal di rumah atau di bilik berasingan dan boleh kembali meneruskan aktiviti harian apabila telah sembuh;

  2. Basuh tangan dengan kerap menggunakan air atau sanitiser, terutamanya selepas batuk atau bersin;

  3. Amalkan adab batuk yang baik iaitu dengan menggunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin.

  4. Pakai penutup hidung dan mulut jika mempunyai tanda-tanda demam selsema seperti demam, batuk dan sakit tekak dan jangan mengunjungi tempat awam untuk elakkan penyebaran virus kepada individu sihat yang lain;

  5. Elakkan pergaulan rapat dengan mereka yang bersimptom jangkitan H1N1 atau influenza like-illness(ILI);

Di peringkat antarabangsa, penularan jangkitan influenza A(H1N1) masih lagi aktif khususnya di negara-negara beriklim sederhana di Hemisfera Utara seperti di Eropah Timur dan Selatan, Asia Selatan dan Timur, Asia Tenggara serta Utara Afrika. Sehingga 7 Mac 2010, jumlah kematian akibat jangkitan influenza A(H1N1) di seluruh dunia adalah melebihi 16,713 kes, iaitu meningkat sebanyak 258 kes(1.6 %) berbanding dengan minggu sebelumnya.

Pemberian suntikan vaksin kepada mereka yang berisiko tinggi mendapat komplikasi jangkitan influenza A(H1N1) telah bermula. Orang ramai yang di kategorikan sebagai kumpulan sasar berkeutamaan boleh mendapatkan suntikan di 104 fasiliti kesihatan kerajaan yang di kenalpasti. Maklumat lengkap fasiliti kesihatan kerajaan berkenaan boleh diperolehi melalui laman web http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my. Memandangkan bekalan vaksin yang terhad, maka pemberian vaksin dilakukan mengikut pendekatan first come, first serve.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

17 Mac 2010

Bookmark and Share

'Just Say 'no' to Plastic Bags!'



Bermula Januari 2010, semua pasar raya besar dan peruncit di Pulau Pinang dan Selangor tidak akan memberi beg plastik secara percuma kepada pelanggan pada hari-hari tertentu. Mewujudkan kesedaran tentang usaha ini akan membantu mengingatkan orang ramai untuk membawa beg boleh digunakan semula mereka sendiri demi persekitaran.
Bookmark and Share

Monday, March 15, 2010

Tahniah


Tahniah diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei kerana menjuarai acara badminton perseorangan All England edisi ke 100. Semangat & kerja kuat beliau patut menjadi contoh serta teladan kepada semua pemuda/pemudi diseluruh negara. Ucapan tahniah juga patut ditujukan kepada Datuk Misbun Sidek yang bersusah payah melatih beliau. Ini lah semangat berpasukan yang patut dipuji...
Bookmark and Share

Sunday, March 14, 2010

TAQARUB SANTAI bersama...

Program TAQARUB SANTAI bersama YBhg Dato' Fuad Hasan, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) telah diadakan pada 12 March 2010. Ketibaan YBhg Dato' Fuad Hasan pada jam 9.30 malam diwaktu hujan turun gerimis telah menyebabkan beberapa pindaan kepada jadual aturcara telah disambut oleh Ketua Pemuda, Ketua Puteri , Naib Ketua Pemuda serta hadirin sekelian.Sebelum berbincang lebih lanjut lagi, kesemua yang hadir telah menikmati makan malam di SG Curry House, Medan Maju Jaya.







Sesi perbincangan & bertukar maklumat diadakan di Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO PJ Selatan diketuai oleh Sdr Ketua Pemuda UMNO Bahagian PJ Selatan. Turut serta Ketua Puteri UMNO Bahagian, Setiausaha UMNO Bahagian dan lebih kurang 35 orang telah mengambil bahagian dalam sesi soal jawab tersebut. En Taharuddin, Pengarah Pembangunan Insan JASA turut hadir mendengar keluhan peserta-peserta.




Para peserta telah meluahkan segala apa yang terbuku dihati dari sekecil-kecil isu (tempatan)hingga ke isu yang besar (melibatkan dasar kerajaan). Ramai telah berpuashati dengan penjelasan yang diberikan oleh YBhg Dato' Fuad Hasan.



Sebelum majlis berakhir jam 11.45 malam, YBhg Dato' Fuad Hasan telah menyeru serta menyarankan kepada barisan saf kepimpinan sayap Pemuda dan Puteri agar lebih serius berbincang mengenai hal-hal yang berkait dengan agama, bangsa dan negara. Jangan hanya bercakap mengenai "projek" sahaja. Fikirkan masaalah rakyat serta masyarakat setempat.