Monday, July 13, 2009

Program Street Soccer dan Bola Jaring





Pada 11hb. Julai 2009 telah diadakan Program Street Soccer dan Bola Jaring anjuran Kelab Rakan Muda Kawasan PJS yang telah dirasmikan penutupnya oleh Sdr Ridzuan bin Mahidin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian PJ Selatan merangkap Setiausaha Agung, Majlis Belia Selangor Daerah Petaling. Seramai 300 orang peserta telah mengambil bahagian. Ini adalah permulaan yang baik bagi mendekati golongan muda dalam aktiviti sosial yang santai. Di samping mengambil bahagian para peserta telah berpeluang mengenali antara satu sama lain. Hadiah pertandingan Street Soccer telah di taja oleh Raja Dato' Hanipuddin bin Raja Nong Chik, Pemangku Ketua UMNO Bahagian PJ Selatan sementara hadiah pertandingan Bola Jaring di taja oleh Datin Seri Ismalina binti Ismail,Pengerusi Gerakwanis Gerakan Belia 4B Kawasan PJ Selatan.

1 comment:

  1. alhamdullillah.. rata2 masyarakat di PJS semakin yakin akan kedatangan umno di PJS...kelunturan semangat kerajaan memerintah di negeri selangor.. semakin pudar.. golongan muda di PJS kini semakin pandai menilai diantara yang layang layang dan pemainnya....

    ReplyDelete