Monday, July 13, 2009

Gimik Politik PKR


Inilah sandiwara politik mereka yang mengatakan bahawa PM adalah seorang yang populist dalam tindakannya tetapi sebenarnya mereka adalah pelopor dalam bidang ini. Setelah berjaya menipu rakyat mengenai keretakan dalam Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah tempohari, sekarang memulakan drama baru di Selangor pula. Mula-mula YB Azmin Ali membidas EXCO Kerajaan Negeri Selangor kerana tidak berpuas hati dengan prestasi mereka. Konon untuk menunjukkan mereka lebih telus daripada BN dan seperti biasa pencacai mereka pun menyokong sesungguh hati tetapi tidak mendapat sambutan daripada rakyat Selangor. Jadi beliau pun buat kenyataan baru seperti yang di petik dari Harian Metro di bawah ini:

Azmin saran rombak Exco lagi..
KRISIS politik Selangor bertambah rumit apabila Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, sekali lagi bertegas dan mendesak kerajaan negeri melakukan rombakan terhadap barisan Exconya bagi memastikan pembangunan negeri itu dilaksanakan secara lebih efektif.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa berkata, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu berbuat demikian kerana penjelasan perlu dibuat sekiranya kerajaan negeri mahu program kemajuan terutama dalam ekonomi rakyat dapat dicapai.

tetapi bila didesak buat rombakan, maka seperti biasa rakan-rakan komponen diorang seperti cacing kepanasan dan bila SPRM mula membuat siasatan, kelam kabutlah tuduh sana tuduh sini seperti laporan Harian Metro dibawah:

SPRM siasat tujuh Adun
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Selangor berhubung penggunaan wang peruntukan kerajaan negeri.

Tujuh Adun terbabit ialah Teresa Kok (DAP-Kinrara), Elizabeth Wong (PKR-Bukit Lanjan), Ean Yong Hian Wah (DAP-Seri Kembangan), Hannah Yeoh (DAP-Subang Jaya), Dr Cheah Wing Wah (DAP-Damansara Utama), Edward Lee (DAP-Bukit gasing) dan Lau Weng San (DAP-Bukit Tunku).

Adun Kinrara, Teresa Kok (gambar), berkata pegawai SPRM sudah mengambil semua fail bagi menyiasat bagaimana wang diperuntukkan menerusi Pejabat Daerah Petaling dibelanjakan.

“Siasatan SPRM itu lebih bermotifkan politik kerana tidak menyiasat Barisan Nasional (BN) kerana membelanjakan RM500,000 dalam tempoh dua bulan pertama sebelum pilihan raya umum, Mac tahun lalu.
“Malah di kawasan saya, ahli jawatankuasa surau dipanggil beberapa kali untuk diambil keterangan,” katanya.
Yeoh pula berkata, pembantunya menerima panggilan daripada SPRM yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai peruntukan RM10,000 yang dibelanjakan untuk klinik kesihatan.

Manakala Wong mendakwa, penganjur sambutan hari Deepavali di kawasannya menerima panggilan SPRM yang bertanyakan peruntukan untuk majlis itu.

Sebagai rakyat timbang-timbangkanlah tindakan mereka ini sebelum memberi komen.Jangan tertipu dengan semua ini.

No comments:

Post a Comment