Wednesday, March 17, 2010

'Just Say 'no' to Plastic Bags!'



Bermula Januari 2010, semua pasar raya besar dan peruncit di Pulau Pinang dan Selangor tidak akan memberi beg plastik secara percuma kepada pelanggan pada hari-hari tertentu. Mewujudkan kesedaran tentang usaha ini akan membantu mengingatkan orang ramai untuk membawa beg boleh digunakan semula mereka sendiri demi persekitaran.
Bookmark and Share

Monday, March 15, 2010

Tahniah


Tahniah diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei kerana menjuarai acara badminton perseorangan All England edisi ke 100. Semangat & kerja kuat beliau patut menjadi contoh serta teladan kepada semua pemuda/pemudi diseluruh negara. Ucapan tahniah juga patut ditujukan kepada Datuk Misbun Sidek yang bersusah payah melatih beliau. Ini lah semangat berpasukan yang patut dipuji...
Bookmark and Share

Sunday, March 14, 2010

TAQARUB SANTAI bersama...

Program TAQARUB SANTAI bersama YBhg Dato' Fuad Hasan, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) telah diadakan pada 12 March 2010. Ketibaan YBhg Dato' Fuad Hasan pada jam 9.30 malam diwaktu hujan turun gerimis telah menyebabkan beberapa pindaan kepada jadual aturcara telah disambut oleh Ketua Pemuda, Ketua Puteri , Naib Ketua Pemuda serta hadirin sekelian.Sebelum berbincang lebih lanjut lagi, kesemua yang hadir telah menikmati makan malam di SG Curry House, Medan Maju Jaya.







Sesi perbincangan & bertukar maklumat diadakan di Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO PJ Selatan diketuai oleh Sdr Ketua Pemuda UMNO Bahagian PJ Selatan. Turut serta Ketua Puteri UMNO Bahagian, Setiausaha UMNO Bahagian dan lebih kurang 35 orang telah mengambil bahagian dalam sesi soal jawab tersebut. En Taharuddin, Pengarah Pembangunan Insan JASA turut hadir mendengar keluhan peserta-peserta.




Para peserta telah meluahkan segala apa yang terbuku dihati dari sekecil-kecil isu (tempatan)hingga ke isu yang besar (melibatkan dasar kerajaan). Ramai telah berpuashati dengan penjelasan yang diberikan oleh YBhg Dato' Fuad Hasan.



Sebelum majlis berakhir jam 11.45 malam, YBhg Dato' Fuad Hasan telah menyeru serta menyarankan kepada barisan saf kepimpinan sayap Pemuda dan Puteri agar lebih serius berbincang mengenai hal-hal yang berkait dengan agama, bangsa dan negara. Jangan hanya bercakap mengenai "projek" sahaja. Fikirkan masaalah rakyat serta masyarakat setempat.

Monday, February 1, 2010

PROGRAM CELIK I.T

Program Celik I.T
Anjuran Biro Pendidikan
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PJ SELATAN

Tarikh:
Ahad, 07 Februari 2010

Masa:
10:00 pagi - 1:00 tengahari

Tempat:
Dewan UMNO Cawangan Taman Medan 102, PJS 2 Taman Medan(Jalan Klang Lama)

Lain-lain hal:
Bagi pihak Pemuda PJS. Dijemput hadir beramai-ramai ke program Celik I.T. Minta sebarkan kepada sahabat-sahabat yang lain. Untuk maklumat lanjut hubungi Saudara Anuar 019-2856779. Harap maklum. Salam Ikhlas dan Terima Kasih.

Daripada:
Feruddin Emir
Pengerusi
Biro Pendidikan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian PJ Selatan
02 Februari 2010

Tuesday, January 26, 2010

Isu Kepala Babi dicampak keMasjid Jumhuriah Taman Dato Harun

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian PJ Selatan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yg cuba menaikkan ketegangan antara penganut2 agama di Malaysia. Insiden kepala babi yang baru berlaku pagi ini di Masjid Jumhuriah,Taman Dato Harun & Masjid At Tirmidzi, Taman Sentosa haruslah dikutuk sekeras-kerasnya.

Tindakan menyerang mana-mana rumah ibadat bagi agama lain juga harus dikutuk sekeras-kerasnya sama sekali!!

Terimakasih sekali lagi diatas kepekaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan & Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin yang segera datang menjenguk untuk mententeramkan penduduk serta menyiasat segera perkara ini supaya tidak berulang lagi.
Kenyataan YB Khairy Jamaludin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengenai peristiwa yang tersebut diatas.

Wednesday, January 20, 2010

BONGKAR KRISTIAN

ADAKAH INI JAWAPAN KEPADA PERJUANGAN MEREKA YANG BERIA-IA UNTUK MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH DALAM AGAMA MEREKA??? Marilah kita dengarkan apa yang sudah dilakukan di negara jiran kita!!! Ikuti kisah ini seterusnya...






Marilah kita bersatu padu untuk memperjuangkan agama kita. Hayati lah...

Tuesday, January 5, 2010

DIKIR BARAT - DILEMA MELAYU KITA

Khas buat ahli-ahli UMNO PJ Selatan yang hadir semasa Majlis Permuafakatan bersama Persatuan Penduduk & NGO's pada 3hb. Januari 2010 bertempat di Dewan MBPJ Taman Dato' Harun. Renungilah serta fahami maksud senikata lagu ini...!!!
Mari kita ramai-ramai sedekahkan Al-Fatihah buat Cikgu Naim bin Mamat(penyanyi lagu)yang meninggal dunia pada 5hb. April 2007.



WASIAT RAJA-RAJA MELAYU
Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:
* Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

* Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

* Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

* Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

* Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

* Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

* Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).