Sunday, August 16, 2009

SEKITAR MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA SELATAN 2009

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan telah mengadakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan 2009 pada 15 Ogos 2009 jam 3 petang di Crystal Ballroom, Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya. Majlis Perasmian secara bersama dengan WANITA UMNO Bahagian telah disempurnakan oleh YM Raja Dato' Hanipuddin bin Dato' Raja Nong Chik selaku Pemangku Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan. Walaupun hujan lebat diluar bangunan tetapi para perwakilan tidak tergugat semangat mereka untuk meneruskan acara.

Haa..aa. baru tau, siapa bilang ahli UMNO Petaling Jaya Selatan dah 'kureng' semangatnya (seeing is believing). Nampak wajah-wajah yang bakal membawa perubahan kepada UMNO Bahagian PJ Selatan di masa akan datang.


Seperti biasa, orang berbudi kita berbahasa. Selepas acara perasmian adalah sikit buah tangan untuk YM Raja Dato' Hanipuddin bin Dato' Raja Nong Chik.

Di penjuru kanan itu adalah merupakan pasangan yang mengendalikan Majlis Perasmian Bersama Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan. Sdr Hashim bin Ghazali, Pengerusi Tetap Pemuda pun hadir tetapi duduk kat bawah aje la.......ye!!! jangan marah...bang, nanti bersidang... belasah diorang pulak.

Dato' Moehamad Ezat Emir, Setiausaha UMNO Bahagian mengambil peluang untuk berbicara dengan calon yang bertanding sebagai wakil Pemuda ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia semasa majlis berhenti rehat. Sdr Harison, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang turut kelihatan di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan sebagai Wakil Perhubungan Pemuda UMNO Negeri Selangor.

Sdr Ridzuan bin Mahidin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan dan beberapa perwakilan sedang berucap untuk memeperkatakan apa yang tersirat.

Gambaran penuh Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan. Turut kelihatan Wakil UMNO Bahagian & sebahagian para perwakilan.

Proses pembuangan undi untuk memilih 2 orang calon sebagai Wakil Pemuda UMNO Bahagian ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia pada bulan Oktober nanti.

Sebahagian EXCO UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan yang menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan. Kelihatan Sdr Ungku Salleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Serdang turut hadir memberikan sokongan moral.

Untuk pengetahuan semua yang melayari blog ini ; foto yang kelihatan diambil daripada Facebook Sdr Feruddin Emir, Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian PJ Selatan.

Sunday, August 9, 2009

PROGRAM PENGUCAPAN AWAM 2009

Program Pengucapan Awam 2009 telah diadakan di Dewan MBPJ Jalan Medan 12, Taman Medan Baru dengan penyertaan 68 orang peserta. Program bermula dengan hujan di pagi Ahad 26 Julai 2009, walaupun demikian peserta tidak berganjak untuk menuntut ilmu yang dibekalkan oleh fasilitator undangan. Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) diketuai oleh YBhg En. Taharudin bin Yaakub, Pengarah Pembangunan Insan JASA.

Upacara Perasmian program oleh YBhg Dato' Donald Lim Siang Chai, Pengerusi BN Parlimen Petaling Jaya Selatan. Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana telah meredah hujan pagi Ahad untuk bersama dalam program tersebut.


Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan juga turut menghantar peserta ke program tersebut. Para peserta sedang mendengar amanat daripada tetamu kehormat.


Penyerahan cenderahati kepada YBhg Dato' Donald Lim Siang Chai, Pengerusi BN Parlimen Petaling Jaya Selatan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan sambil diperhatikan oleh def-def kehormat. Tuan Haji Aris bin Ripen, Bendahari UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan berseorangan menaruh minat mengikuti program ini sehingga selesai.


Ketua Pemuda & Naib Ketua Pemuda meluangkan masa bersama untuk mengikuti program hingga akhir.


Encik Taharuddin bin Yaakub, Pengarah Pembangunan Insan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang menjadi fasilitator program sedang memberikan tips yang berguna kepada para peserta.


Daripada 68 orang peserta yang mendaftar awal pagi, kebanyakannya 'syahid' dalam perjuangan untuk menamatkan kursus tersebut. Tinggal ini sahaja yang berani berjuang hingga keakhir. Syabas diucapkan !!!

Tuesday, July 21, 2009

Siapa yang tak menjunjung Duli Tuanku



Cuba lihat keratan akhbar arus perdana ni!!!
Siapa yang sepatutnya menjunjung duli?
Suratkhabar sebagai penyebar maklumat pun tidak peka akan kedudukan Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan Perak sehingga sanggup menyebut nama baginda seperti kita memanggil kawan-kawan sahaja.Perkara ini perlu di ambil perhatian serius, jangan nanti bila ada orang yang terlebih ajar, baru nak bising bercakap itu ini. Perkara nampak kecil tetapi impak kemudian sape tau.
Belajarlah dari kesilapan lalu.

Monday, July 20, 2009

Kebakaran di PJS 2C/20, Taman Medan


Kejadian kebakaran yang berlaku di Jalan PJS 2C/20 Taman Medan di awal pagi telah mengejutkan penduduk setempat. Kebakaran melibatkan 2 buah rumah yang musnah dan kebanyakan barang tidak dapat diselamatkan.


Alhamdulillah, di bawah kepimpinan UMNO PJ Selatan yang baru di terajui oleh YBhg Dato' Raja Hanipuddin, tindakan cepat dan pantas telah diambil bagi meringankan beban mangsa kebakaran. PEMIMPIN PRIHATIN. Walaupun dengan tangan berbalut tetapi rakyat tetap didahulukan (slogan 1 Malaysia la..)



Ketua Pemuda UMNO Bahagian PJ Selatan, Sdr Ridzuan Mahidin merupakan antara yang awal tiba di tempat kejadian.




Keadaan rumah yang terlibat dengan kebakaran di awal pagi...




AJK Pemuda UMNO Bahagian PJ Selatan bersama penduduk saling membantu mangsa kebakaran.






Syarikat Wawasan Sepakat Sdn. Bhd juga menghulurkan bantuan pengangkutan bagi tujuan pemindahan barang-barang mangsa.Terima kasih En. Hasmotalib...


Pemangku Ketua UMNO Bahagian PJ Selatan bersama Mantan Wakil Rakyat sedang meninjau keadaan kebakaran.


Mendengar luahan hati mangsa kebakaran



Bertanya khabar & meninjau keselesaan tempat tinggal sementara mangsa di Dewan MBPJ Jalan PJS 2C/6, Taman Dato' Harun.




Bantuan daripada pihak berwajib pun sampai...



Tanpa mengira sesiapapun, bantuan tetap dihulurkan.Kelihatan YBhg Dato' Raja Hanipuddin sedang menyampaikan sumbangan kilat untuk meringankan beban mangsa bencana.






Melepaskan lelah setelah berpenat sepanjang hari...

DIRIKU UMNO

Luahan hati seorang insan bernama MAZLAN ISMAIL, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Generasi Gemilang. Baca, renungkan dan timbang-timbangkanlah...

DIRIKU UMNO

UMNO DI HATI BUKAN SANDARAN
BERJUANG BERMATI BUKAN TAMPARAN
DIRIKU UMNO DIGODA SETIA
PERJUANGAN DIRI KU HARUS DIPUJA

DARAH MENGALIR TIDAK BERHENTI
JIKA BERHENTI PUTUSNYA JIWA
NEGARAKU JATUH, KU SANGGUP MATI
DEMI MELIHAT MELAYU BERKUASA

BUKANYA JANJI JADI TARUHAN
BIARLAH JANJI JADI PEGANGAN
PEMIMPIN TUA, MUDA DAN HAWA
JAGA BANGSA MU, JANGAN DISIA

Sunday, July 19, 2009

Program "Pengucapan Awam" 2009 anjuran Biro Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian PJ Selatan.

Program berbentuk bengkel 1 hari dan dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Untuk melahirkan pemidato dan penceramah yang berkaliber.

Dimaklumkan bahawa program di atas akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 26 Julai 2009 (Ahad)

Masa : 8 pagi hingga 6 petang

Tempat : Dewan MBPJ, Jalan Medan 12, Taman Medan Baru,
Petaling Jaya.

Semua dijemput hadir.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :
Sdr Johari bin Anuar,
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bhg PJ Selatan
017-3830676

Sdr Bohari bin Zaini,
SUK Pemuda UMNO Bahagian PJ Selatan
017-3920131