Monday, July 20, 2009
DIRIKU UMNO
DIRIKU UMNO
UMNO DI HATI BUKAN SANDARAN
BERJUANG BERMATI BUKAN TAMPARAN
DIRIKU UMNO DIGODA SETIA
PERJUANGAN DIRI KU HARUS DIPUJA
DARAH MENGALIR TIDAK BERHENTI
JIKA BERHENTI PUTUSNYA JIWA
NEGARAKU JATUH, KU SANGGUP MATI
DEMI MELIHAT MELAYU BERKUASA
BUKANYA JANJI JADI TARUHAN
BIARLAH JANJI JADI PEGANGAN
PEMIMPIN TUA, MUDA DAN HAWA
JAGA BANGSA MU, JANGAN DISIA
Sunday, July 19, 2009
Program "Pengucapan Awam" 2009 anjuran Biro Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian PJ Selatan.
Dimaklumkan bahawa program di atas akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 26 Julai 2009 (Ahad)
Masa : 8 pagi hingga 6 petang
Tempat : Dewan MBPJ, Jalan Medan 12, Taman Medan Baru,
Petaling Jaya.
Semua dijemput hadir.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi :
Sdr Johari bin Anuar,
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bhg PJ Selatan
017-3830676
Sdr Bohari bin Zaini,
SUK Pemuda UMNO Bahagian PJ Selatan
017-3920131
Israk & Mikraj
Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada satu malam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, untuk kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat.
(Surah Bani Israil: 1)
Kejadian Isra' (perjalanan dari Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis) dan Mikraj (perjalanan dari alam bumi ke alam langit hingga ke Sidratul Muntaha) ini berlaku pada malam 27 Rejab setahun sebelum hijrah. Ketika itu Nabi sedang berbaring-baring bersama Saidina Hamzah dan Saidina Ja'afar di Hijr Ismail (Masjidil Haram), tiba-tiba datang malaikat Jibril dan Mikail mengangkat Nabi ke telaga Zamzam.
Di sana Nabi ditelentangkan dan berlakulah pembedahan di mana dada Nabi dibedah untuk dikeluarkan hatinya. Hati nabi dicuci dengan air zamzam. Kemudian dimasukkan semula bersama unsur ruhani iman dan hikmat. Setelah itu dadanya dijahit dan dimatrikan dengan khatimin nubuwwah.
(Kejadian ini menjelaskan kepada kita bahawa peringkat pertama untuk berjalan menuju Allah ialah pembersihan diri dari segi jasmani dan rohani).
Selesai Nabi Muhammad menjalani operasi pembersihan jasmani dan rohani, baginda dipersilakan oleh Jibril untuk menunggang sejenis kenderaan yang amat canggih iaitu Buraq (seekor binatang dari alam malakut yang mempunyai pergerakan yang teramat laju). Mengikut satu riwayat Buraq yang dipilih oleh Jibril ini merupakan satu-satunya haiwan yang mempunyai ciri teristimewa kerana sejak mendengar nama Nabi Muhammad, ia tidak tahan menanggung rindu sehingga tidak lalu untuk makan dan minum, bahkan saban masa duduk menangis tersedu-sedu.
(Peristiwa ini menggambarkan kepada kita sedangkan seekor haiwan mempunyai rasa hormat yang amat tinggi terhadap Nabi Muhammad, betapa hal dengan diri kita yang mengaku sebagai umat Muhammad)
Buraq yang dibawa oleh Jibril itu agak liar tetapi bila Jibril mengatakan yang Nabi Muhammad akan naik di belakangnya, badannya berpeluh dan dengan rasa malu merendahkan badannya untuk ditunggang oleh Nabi. Buraq terus membawa Nabi dengan diiringi oleh Jibril di sebelah kanan dan Mikail di sebelah kiri. Maka bermulalah perjalanan yang amat bersejarah.
Beberapa minit perjalanan, sampailah di suatu tempat bernama Thaibah (Medina). Di sini Jibril menyuruh Nabi berhenti untuk melakukan solat 2 rakaat dan memberitahu di sinilah kelak Nabi akan melakukan hijrah. Kemudian perjalanan diteruskan lagi hingga sampai di satu tempat iaitu Bukit Tursina, iaitu tempat di mana Nabi Musa menerima wahyu. Di sini Nabi berhenti untuk melakukan solat dua rakaat. Perhentian seterusnya ialah di Baitul Laham, tempat kelahiran Nabi Isa, di mana Nabi sekali lagi mengerjakan solat.
(Peristiwa ini menggambarkan kepada kita tentang perlunya mengerjakan solat sunat apabila singgah di masjid atau di tempat-tempat yang mulia)
Perjalanan diteruskan lagi. Dalam perjalanan ke Baitul Maqdis, Nabi diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa simbolik yang ganjil-ganjil. Setiap kali melihatnya, Jibril menerangkan hakikat sebenar peristiwa tersebut.
Di antaranya adalah:
• Jin Ifrit membawa obor (api) sambil mengejar Nabi dari belakang
_________Malaikat Jibril ajarkan doa menangkis serangan jin. Apabila Nabi membacanya, jin tersungkur
• Sekumpulan manusia memecahkan kepala sendiri. Apabila bercantum dipecahkan lagi tanpa henti.
________Balasan bagi orang yang tidak mengerjakan sembahyang
• Sekumpulan manusia memakai cawat dihalau untuk makan buah berduri yang amat pahit atau api neraka.
________Balasan bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat
• Sekumpulan manusia dihidangkan dengan 2 mangkuk berisi daging masak dan daging mentah yang busuk. Mereka memilih daging mentah
________Gambaran manusia yang berzina sedangkan mereka mempunyai pasangan yang sah.
• Beberapa orang tidak berdaya mengangkat seberkas kayu tetapi menambahkan lagi bebanan
________Gambaran orang yang diamanahkan sesuatu tugas, walaupun tidak mampu melaksanakannya tapi menerima amanah/tugas lain.
• Beberapa orang menggunting lidah dan bibir sendiri dengan gunting besi. Apabila bersambung semula digunting lagi tanpa henti.
________Perbandingan orang yang menyuruh orang lain berbuat baik tapi dia sendiri tidak melakukannya.
• Sekumpulan orang berkuku tembaga menggaru muka dan dadanya sendiri sehingga habis daging, namun masih menggaru lagi.
________Gambaran orang yang mengumpat dan membuka rahsia orang kepada orang lain serta menjatuhkan maruah mereka.
• Seekor lembu keluar dari satu lubang yang sempit, kemudian cuba masuk semula ke lubang itu tetapi tidak boleh.
________Gambaran pasangan lelaki dan perempuan asing berbual perkara lucah, kemudian menyesal tapi tidak mampu menarik perkataannya.
• Seorang lelaki datang dari arah kanan Nabi meminta Nabi berhenti seolah-olah hendak bertanya sesuatu.
________Seruan orang Yahudi. Jibril menerangkan jika Nabi melayan, nescaya ramai umatnya menjadi Yahudi
• Seorang lagi datang dari arah kiri merayu Nabi supaya berhenti
________Seruan orang Nasrani menghalang sebaran Islam
• Seorang wanita dengan perhiasan yang sarat meminta Nabi berhenti
________Gambaran tipu daya dunia. Jika Nabi menjawab ramai akan terpesona dengan keduniaan.
• Orang tua duduk di tepi jalan seraya menyuruh Nabi berhenti
________Seruan Iblis cuba menghalang usaha dakwah
• Seorang wanita bongkok tiga menahan Nabi untuk bertanya sesuatu
________Gambaran umur dunia yang sangat tua dan tunggu saat untuk kiamat
• Nabi tercium bau yang amat harum
________Tempat Mashitah dibunuh kerana mempertahankan keimanannya sehingga dia dan keluarga menjadi mangsa kepada Firaun.
• Kayu merentangi jalan sehingga menyukakan orang lalu-lalang
________Gambaran orang yang suka berpeleseran dan melepak
• Sekumpulan orang berenang di dalam sungai darah. Mereka dilempar dengan batu. Batu-batu itu diambil dan dimakannya.
________Gambaran orang yang makan riba'
• Sekumpulan manusia menanam gandum. Sesaat kemudian berbuah dan dituai.
________Gambaran orang yang suka membelanjakan harta untuk perjuangan menegakkan kalimah Allah.
Selepas menyaksikan pelbagai jenis panorama, akhirnya sampailah mereka di Baitul Maqdis. Di sana telah menanti satu jemaah para nabi terdahulu. Nabi Muhammad saw solat tahyatul masjid dan Jibril menyuruh Nabi mengimami solat bersama barisan nabi terdahulu.
Kemudian Nabi dihidangkan dengan tiga gelas minuman berisi susu, arak dan madu. Nabi memilih gelas berisi susu, minuman fitrah manusia.
Selesai upacara Israk, sampai ketika Nabi Muhammad diMikrajkan. Sejenis tangga yang canggih seakan escalator membawa Nabi ke angkasa. Maka bermulalah episod mikraj dari langit pertama hingga ke tujuh dan kemudiannya ke Sidaratul Muntaha. Setiap kali melalui lapisan langit, Jibril memberi salam dan sebaik Malaikat penjaga langit membuka pintu, Nabi Muhammad saw diperkenalkan dengan nabi yang sedia menunggu di situ. Kesemua nabi mendoakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad.
Langit pertama Nabi berjumpa Nabi Adam, bapa segala manusia.
Langit kedua Berjumpa dengan Nabi Isa dan Yahya.
Langit ketiga Berjumpa dengan Nabi Yusof
Langit keempat Berjumpa dengan Nabi Idris
Langit kelima Berjumpa dengan Nabi Harun
Langit keenam Berjumpa dengan Nabi Musa
Langit ketujuh Berjumpa dengan Nabi Ibrahim
Mari kita ambil iktibar dari peristiwa ini
Contoh pertama :
- Nabi tercium bau yang amat harum Tempat Mashitah dibunuh kerana mempertahankan keimanannya sehingga dia dan keluarga menjadi mangsa kepada Firaun.
Dalam hal ini, penulis hadir solat Jumaat semasa Ustaz Uda Kassim dari Pusat Zakat Selangor memberi Khutbah Jumaat di Masjid As-Salam pada 17hb. Julai 2009 yang lalu. Antara lain beliau berkata bagaimana hebatnya wanita tukang sikat anak Firaun ini mempertahankan agamanya kerana mengetahui bahawa yang memberi nikmat serta rezeki adalah Allah SWT. Sanggup menyatakan yang hak walau pun terpaksa mengorbankan nyawa sendiri dan keluarganya.
Dalam hal ini, penulis kagum sangat bagaimana Masitah mempertahankan agamanya. Bolehkah kita umat Islam hari ini mendapat walau 1% daripada tahap keimanan itu dalam mempertahankan agamanya? Dalam kontek ini, penulis ingin mengaitkan mengenai perpaduan umat Islam. Bukankah perpaduan yang merupakan teras perjuangan Rasulullah SAW menjadi keutamaan kita umat Islam di Malaysia sekarang ini?. Bukankah bersatu padu itu dianjurkan oleh agama Islam yang menjadi asas perjuangan Rasulullah SAW dalam membangunkan kerajaan Islam di Madinah. Mengapa perkara ini tidak dijadikan agenda utama dalam menyatukan orang Melayu yang beragama Islam di Negara ini? Bila UMNO bersetuju untuk duduk berbincang mengenai perpaduan orang Melayu beragama Islam tetapi kepimpinan PAS pulak cuba berdalih dengan seribu macam helah. Yang bercakap tu pulak bukan calang-calang orang tetapi boleh pulak berpeluk padu dengan DAP yang terang-terang menolak penubuhan Negara Islam seperti yang diwar-warkan selama ini oleh pemimpin PAS sehingga pemimpin DAP itu berkata; jika hendak menubuhkan Negara Islam langkah mayatnya dulu. Dengan orang UMNO yang beragama Islam tak boleh pulak walaupun untuk berunding. Kitakan seagama, takkan mati nanti bila ditanya siapa saudara kamu? Nak dijawap; saudara saya ialah dot..dot. Tak ada terasa sikit pun kah dalam hati orang PAS bahawa mereka ini sedang “dipergunakan”?.
Contoh-contoh lain pulak ialah:
• Beberapa orang tidak berdaya mengangkat seberkas kayu tetapi menambahkan lagi bebanan - Gambaran orang yang diamanahkan sesuatu tugas, walaupun tidak mampu melaksanakannya tapi menerima amanah/tugas lain.
• Beberapa orang menggunting lidah dan bibir sendiri dengan gunting besi. Apabila bersambung semula digunting lagi tanpa henti.- Perbandingan orang yang menyuruh orang lain berbuat baik tapi dia sendiri tidak melakukannya.
Sudah-sudahlah!!! Ingatlah bahawa kita pasti meninggalkan dunia ini tetapi sudah bersediakah kita untuk berhadapan dengan Allah SWT untuk diperlihatkan apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita. Ingat yang berkata-kata adalah anggota badan kita bukannya mulut yang laser…
Ceramah Penerangan "MEMPERKASA PERPADUAN MELALUI PENERANGAN"






Sidang akhbar YB Ahmad Maslan


Kelihatan pimpinan UMNO Bahagian PJ Selatan yang diketuai oleh YBhg Dato' Raja Hanipuddin serta EXCO beliau bergambar bersama YB Ahmad Maslan.
Sambutan yang memberangsangkan daripada ahli UMNO







Penceramah kedua YB Abdul Shukor bin Idrus sedang menyampaikan ceramahnya melalui pengalaman beliau selaku ADUN Kuang dan sebagai Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor.

Otai-otai UMNO pun hadir untuk memberikan sokongan kepada pemimpin parti keramat ini.


Wakil-wakil daripada Pemuda Bahagian pun hadir sama menyokong perkara yang baik.



Walaupun keseorangan masih setia

Seramai lebih 300 wakil-wakil UMNO Cwangan-cawangan dalam UMNO Bahagian PJ Selatan telah menghadirkan diri untuk mendengar penjelasan daripada para penceramah jemputan.Kelihatan ahli UMNO sedang khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan.





Orang berbudi kita berbahasa la pulak...

Petugas yang terlibat tentu berpuashati... Syabas diucapkan semoga jangan berhenti di situ saja nanti dikatakan kita ni macam siput babi la.. pulak.


Monday, July 13, 2009
Gimik Politik PKR

Inilah sandiwara politik mereka yang mengatakan bahawa PM adalah seorang yang populist dalam tindakannya tetapi sebenarnya mereka adalah pelopor dalam bidang ini. Setelah berjaya menipu rakyat mengenai keretakan dalam Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah tempohari, sekarang memulakan drama baru di Selangor pula. Mula-mula YB Azmin Ali membidas EXCO Kerajaan Negeri Selangor kerana tidak berpuas hati dengan prestasi mereka. Konon untuk menunjukkan mereka lebih telus daripada BN dan seperti biasa pencacai mereka pun menyokong sesungguh hati tetapi tidak mendapat sambutan daripada rakyat Selangor. Jadi beliau pun buat kenyataan baru seperti yang di petik dari Harian Metro di bawah ini:
Azmin saran rombak Exco lagi..
KRISIS politik Selangor bertambah rumit apabila Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, sekali lagi bertegas dan mendesak kerajaan negeri melakukan rombakan terhadap barisan Exconya bagi memastikan pembangunan negeri itu dilaksanakan secara lebih efektif.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa berkata, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu berbuat demikian kerana penjelasan perlu dibuat sekiranya kerajaan negeri mahu program kemajuan terutama dalam ekonomi rakyat dapat dicapai.
tetapi bila didesak buat rombakan, maka seperti biasa rakan-rakan komponen diorang seperti cacing kepanasan dan bila SPRM mula membuat siasatan, kelam kabutlah tuduh sana tuduh sini seperti laporan Harian Metro dibawah:
SPRM siasat tujuh Adun
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Selangor berhubung penggunaan wang peruntukan kerajaan negeri.
Tujuh Adun terbabit ialah Teresa Kok (DAP-Kinrara), Elizabeth Wong (PKR-Bukit Lanjan), Ean Yong Hian Wah (DAP-Seri Kembangan), Hannah Yeoh (DAP-Subang Jaya), Dr Cheah Wing Wah (DAP-Damansara Utama), Edward Lee (DAP-Bukit gasing) dan Lau Weng San (DAP-Bukit Tunku).
Adun Kinrara, Teresa Kok (gambar), berkata pegawai SPRM sudah mengambil semua fail bagi menyiasat bagaimana wang diperuntukkan menerusi Pejabat Daerah Petaling dibelanjakan.
“Siasatan SPRM itu lebih bermotifkan politik kerana tidak menyiasat Barisan Nasional (BN) kerana membelanjakan RM500,000 dalam tempoh dua bulan pertama sebelum pilihan raya umum, Mac tahun lalu.
“Malah di kawasan saya, ahli jawatankuasa surau dipanggil beberapa kali untuk diambil keterangan,” katanya.
Yeoh pula berkata, pembantunya menerima panggilan daripada SPRM yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai peruntukan RM10,000 yang dibelanjakan untuk klinik kesihatan.
Manakala Wong mendakwa, penganjur sambutan hari Deepavali di kawasannya menerima panggilan SPRM yang bertanyakan peruntukan untuk majlis itu.
Sebagai rakyat timbang-timbangkanlah tindakan mereka ini sebelum memberi komen.Jangan tertipu dengan semua ini.
Program Street Soccer dan Bola Jaring
Pada 11hb. Julai 2009 telah diadakan Program Street Soccer dan Bola Jaring anjuran Kelab Rakan Muda Kawasan PJS yang telah dirasmikan penutupnya oleh Sdr Ridzuan bin Mahidin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian PJ Selatan merangkap Setiausaha Agung, Majlis Belia Selangor Daerah Petaling. Seramai 300 orang peserta telah mengambil bahagian. Ini adalah permulaan yang baik bagi mendekati golongan muda dalam aktiviti sosial yang santai. Di samping mengambil bahagian para peserta telah berpeluang mengenali antara satu sama lain. Hadiah pertandingan Street Soccer telah di taja oleh Raja Dato' Hanipuddin bin Raja Nong Chik, Pemangku Ketua UMNO Bahagian PJ Selatan sementara hadiah pertandingan Bola Jaring di taja oleh Datin Seri Ismalina binti Ismail,Pengerusi Gerakwanis Gerakan Belia 4B Kawasan PJ Selatan.
Sunday, July 12, 2009
Selangor terima rebat eletrik paling tinggi

Atikel yang di petik daripada Malaysia Today;
Selangor menjadi negeri yang mencatat jumlah rebat bayaran elektrik tertinggi iaitu sebanyak RM12.9 juta bagi kadar penggunaan RM20 dan ke bawah dalam sebulan sejak Oktober hingga Mei tahun lalu.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon berkata, sepanjang tempoh itu seramai 1,204,741 juta pelanggan Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Selangor mendapat faedah rebat tersebut yang diumumkan kerajaan dalam Bajet 2009.
Selangor merupakan penerima rebat elektrik tertinggi sebab masih ada ramai keluarga miskin yang menggunakan kadar bekalan elektrik yang begitu rendah. Kerajaan membiayai rebat berkenaan untuk penduduk negeri Selangor atas dasar keprihatinan walaupun ia dikuasai pembangkang," kata Noriah.
Noriah juga berkata kawasan Putrajaya dan Cyberjaya mencatatkan jumlah rebat terendah iaitu sebanyak RM29,000 yang melibatkan 2,536 orang.
Komen kami: Buat lah baik macam mana pun, keluarlah subsidi banyak mana sekalipun tapi kalau depa boleh mencelah, mesti depa claim yang bagi subsidi itu adalah depa bukan kerajaan persekutuan.

